Archive for May 2010

SPIES KELUARGA ERATKAN KASIH SAYANG


Gombak, 29 Mei 2009 – “ Seminar kekeluargaan dan kemahiran keibubapaan seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap” kata Pn Sharifah, salah seorang peserta Seminar SPIES Keluarga yang dianjurkan oleh Sekretariat Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama PUSBA ( Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al Quran) dan Sekolah Rendah Agama Sungai Tua Baru, Gombak.

Program seminar tersebut dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri orang ibubapa dan anak-anak remaja dari kawasan DUN Batu Cave. Modul SPIES Keluarga kali ini lebih banyak menggunakan pendekatan praktikal dan komunikasi dan interaksi aktif dua hala . Semua peserta diberi ruang dan peluang untuk menyatakan masalah dan berkongsi pandangan mereka dalam hal ehwal mengurus keluarga.



Topik utama dalam Seminar ini ialah mengenali diri dan mengenali Tuhan. “Pembinaan spiritual dan ruh adalah paling utama dan asas dalam usaha pembangunan insan” kata Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, jurulatih utama PUSBA. Ujarnya lagi ” Sebagai orang Islam pembinaan spiritual yang mantap bermakna kita membina iman dan takwa kepada Allah yang telah menjadikan manusia itu sendiri”.

Dalam topik komunikasi keluarga, peserta dibawa menghimbau kepada kenangan lalu ketika mereka baru mula mencari pasangan untuk mendirikan rumahtangga. Menurut En Nordin Kamsin, Jurulatih dan peceramah PUSBA, “mengikut kajian dan pengalamannya sendiri sebagai seorang jurulatih program kekeluargaan, Kebanyakan masalah yang berlaku dalam rumah tangga banyak berpunca dari masalah komunikasi”. "Kemahiran komunikasi sangat berkait rapat dengan kemahiran sosial". Kemahiran sosial perlu dibangunkan seimbang dengan empat komponan yang lain iaitu spiritual, fizikal, Intelektual dan Emosional.

Katanya lagi “Sumber rujukan dan pakar komunikasi yang terunggul sekali tentunya Junjungan Besar nabi kita Muhammad SAW.”. Beliau bukan sekadar dapat berkomunikasi dengan semua isterinya dengan baik dan berkesan tetapi juga kepada semua pimpinan negara diperingkat nasional dan internasional”.

Menurut Jurulatih kanan PUSBA, Ustazah Hazlina Abd Razak, “Kelebihan wanita adalah dari aspek emosi. Justeru orang wanita mesti diberi kemahiran untuk mengurus emosi mereka dengan baik. Bagi memantapkan lagi keharmonian rumah tangga, suami juga harus tahu bagaimana hendak ‘mengurut’ emosi isteri agar dapat disalurkan ke tempat yang betul.

“emosi kasih sayang harus disemai, dipupuk dan disuburkan dalam kehidupan berkeluarga. Kasih sayang yang pudar dan hambar akan menjadikan rumahtangga panas dan gersang. Akhirnya akan membawa kepada keluarga yang mudah 'terbakar' dan jika tidak segera diselamatkan ia akan menghanguskan mahligai indah yang telah dibina sekian lama.

Menurut En Abu seorang peserta veteran yang menemani cucunya, " Saya merasa bersyukur dan berterima kasih kerana dapat mengikuti program ini kerana dapat membuka minda dan hatinya untuk menghadapi kehidupan yang dengan cabaran dan dugaan"." Saya harap program seperti ini dapat diteruskan dan diadakan setiap tahun.

S.P.I.E.S KELUARGA “SMART MUM” MERIAH




SHAH ALAM 16 MEI- Program SPIES Keluarga “smart mum” telah mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat. Seramai 100 orang ibu tunggal dari Daerah Gombak yang meliputi Selayang dan Batu Caves telah menghadiri program tersebut.

Kerajaan negeri Selangor melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan ingin memastikan program ini bukan sahaja melibatkan kepada golongan remaja dan keluarga, malah ibu tunggal di negeri Selangor mendapat manfaat sewajarnya.

Program yang berlangsung sehari ini diadakan di Kelab Shah Alam dengan kerjasama PUSBA ( Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al Quran). Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi, Dialog Usahawan, Solat Dhuha bagi peserta muslim dan lawatan ke lapangan.

Ceramah Motivasi Usahawan telah disampaikan oleh Puan Hajah Mahanom Basri dari Majlis usahawan Dinamik Selangor . Sebagai seorang usahawan dalam bidang asuhan kanak-kanak selama 26 tahun, beliau banyak berkongsi pengalaman dan selok belok perniagaan perkhidmatan tersebut.

Progam ini juga turut mengundang En. Fauzi Masdan, ketua jabatan Pembangunan Usahawan Asnaf Lembaga Zakat Selangor yang telah melahirkan ramai ushawan asnaf di negeri Selangor ini.
Disebelah petang semua peserta dibawa melawat ke beberapa pusat asuhan kanak-kanak disekitar Shah Alam dan Klang.

Kemudian mereka dibawa melawat ke lokasi kedai-kedai borong di Kawasan Chow Kit. Dalam Sesi lawatan ini peserta banyak mendapat pendedahan baru dari pengusaha Taska sendiri tentang realiti dan asam garam dunia perniagaan .

Jelas ustazah Hazlina sebagai pengendali program SPIES ini, modul yang diperkenalkan oleh Dr. Hajjah Halimah Ali ini merupakan satu modul yang holistik merangkumi Spritual, Pysical, Intelectual, Emotional dan Social. Rata-rata peserta yang mengikuti program ini sangat berpuas hati dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

SPIES KELUARGA - SQ

Serendah, Hulu Selangor, 18 April 2010 - Surau At Takwa dengan kerjasama kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Program SPIES Keluarga- SQ untuk masyarakat dikawasan ini. PUSBA telah dilantik sebagai Perunding rasmi program ini untuk membantu kelancaran dan pemantapan program ini.

Hampir 80 orang telah menghadiri program ini termasuk remaja dan kaum wanita. Penceramah yang diundang khas untuk mengisi program ini adalah Ustaz Khairuzaman Abd Kadir, Ustaz Zamre Zainal Abidin, Ustaz Haider Shamsudin dan Ustazah Hazlina Abd Razak.

Fokus program ini ialah pemantapan rohani dan pengukuhan iman ( SQ ). Penceramah yang diundang khas banyak menggunakan kaedah Perbincangan dan interaktif bagi memenuhi keperluan peserta yang hadir. Mereka begitu teruja dan berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan yang disampaikan. Pihak jawatankuasa surau berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ramai yang tidak dapat mengikutinya kerana sibuk dengan urusan pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

SPIES KELUARGA LAHIRKAN MASYARAKAT SEJAHTERA

Shah Alam 5 Mei 2010 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Sekretariat Pendidikan, Pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengadakan Program SPIES Keluarga untuk Rakyat Negeri Selangor .Tujuan Program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari aspek Spiritual, Fizikal, Inteltual, Emosional dan Sosial.

Setakat ini empat siri program telah diadakan dari 10 Program yang telah dirancangkan. Program tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab dan AL-Quran (PUSBA) sebagi Perunding Rasmi program ini. Program SPIES Keluarga ini telah dijalankan di Sekolah Rendah Agama Integrasi di Kuala Langat, Shah Alam, Hulu Langat dan Bandar Baru Bangi. Peserta Program SPIES Keluarga ini melibatkan penyertaan dari ibu, bapa dan anak-anak. Sambutan peserta dalam program ini sangat menggalakkan. Namun begitu, Peserta di kalangan bapa agak sedikit berkurangna berbanding kaum ibu.

Program SPIES Keluarga ini adalah sebahagian dari Program Kerajaan Selangor Merakyatkan Ekonomi Selangor( MES ). Penyertaanya adalah percuma. Pengisian program adalah meliputi dari semua aspek kehidupan manusia iaitu Spiritual, Fizikal, Emosional, Intelektual dan Sosial.

Dalam Program ini semua peserta Muslim diajak untuk mengikuti Aktiviti Solat Dhuha dan doa sebagai satu usaha terapi kerohanian. Mereka juga diwajibkan untuk Solat Zohor berjamaah bersama ahli keluarga yang hadir.

Menurut jurulatih utama PUSBA , Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni ; “komitmen yang diberikan daripada para peserta menunjukkan masyarakat kini sangat dahagakan ilmu dan kemahiran untuk mengurus keluarga yang semakin kompleks dan mencabar. Justeru itu, Modul program kali ini lebih mantap dan dikemaskini dengan beberapa penambahbaikan terutama dari aspek spiritual.”

YB Dr. Hajah Halimah Bt. Hj. Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan mengharapkan agar program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Selangor agar pembentukan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang penyayang dapat direalisasikan sejajar dengan pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri sekarang ini.

Dari maklum balas yang diterima, para peserta berharap agar program-program peningkatan kemahiran kekeluargaan ini dapat diteruskan dan diperhebatkan lagi . Tujuannya ialah bagi melahirkan masyarakat berketerampilan yang mempunyai daya tahan dan daya saing dalam dunia maju yang semakin mencabar.

Dalam program-program kemahiran seperti ini peserta akan didedahkan dengan modul pembentukan sahsiah diri, modul mempertingkatkan hubungan harmoni di kalangan ahli keluarga, Modul menambah keyakinan diri, Modul membuka minda dan membangkitkan kesedaran di dalam diri sendiri.

Rakyat Negeri Selangor berdoa agar Kerajaan Negeri Selangor terus komited menjadikan Negeri Selangor Negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan” sebagai satu realiti.