Tentang



PUSBA atau Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al-Quran telah ditubuhkan pada 1998 yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 001218608-X di Taman Seri Andalas Klang, Selangor. Pada peringkat awal penubuhan, ia banyak menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan yang menumpukan pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab dengan menggunakan pendekatan yang lebih moden dan menarik.

Kemudian PUSBA telah berkembang dan mula menganjurkan kursus-kursus intensif dalam pendidikan Bahasa Arab dan Al-Quran secara berkelompok. Pada tahun 2005, PUSBA telah berpindah ke Seksyen 30, Shah Alam dan PUSBA mula mengorak langkah dengan menganjurkan Program Pembangunan Insan Sepadu yang berteraskan konsep Quranic dan Holistic.

Modul-modul yang dibangunkan oleh PUSBA adakah modul Pembangunan Insan Sepadu yang berdasarkan ilmu-ilmu wahyu dan kosep psikologi moden.

OBJEKTIF

Objektif syarikat ini ialah :

Memberikan perkhidmatan bimbingan kepada masyarakat muslimin dan muslimat untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab dan Al-Quran dengan kaedah dan teknik yang mudah dan berkesan.
Membangunkan jiwa dan nurani ummah dengan pendekatan Quranic dan Tauhidic serta dijalin dengan ramuan ilmu-ilmu moden seperti psikologi dan kaunseling.

MISI

Membangunkan insan secara holistic yang merangkumi aspek fizikal (FQ), spiritual (SQ), intelek (IQ), dan emosi (EQ) yang berteraskan ilmu-ilmu wahyu dan psikologi moden.

VISI

Melahirkan insan mukmin muttaqin yang seimbang dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

PENDEKATAN

PUSBA juga komited untuk mencapai objektif dengan menggunakan pendekatan yang holistik dan integratif :

- Ceramah dan kuliah penerangan
- Bengkel dan perbincangan kelompok
- Aktiviti kerohanian ; solat berjemaah, solat sunat, wirid dan doa
- Riadah bermodul
- Stimulasi dan simulasi
- Aktiviti permainan
- Pertandingan
- Kuiz akademik
- Psyco drama