S.P.I.E.S KELUARGA “SMART MUM” MERIAH




SHAH ALAM 16 MEI- Program SPIES Keluarga “smart mum” telah mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat. Seramai 100 orang ibu tunggal dari Daerah Gombak yang meliputi Selayang dan Batu Caves telah menghadiri program tersebut.

Kerajaan negeri Selangor melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan ingin memastikan program ini bukan sahaja melibatkan kepada golongan remaja dan keluarga, malah ibu tunggal di negeri Selangor mendapat manfaat sewajarnya.

Program yang berlangsung sehari ini diadakan di Kelab Shah Alam dengan kerjasama PUSBA ( Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al Quran). Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi, Dialog Usahawan, Solat Dhuha bagi peserta muslim dan lawatan ke lapangan.

Ceramah Motivasi Usahawan telah disampaikan oleh Puan Hajah Mahanom Basri dari Majlis usahawan Dinamik Selangor . Sebagai seorang usahawan dalam bidang asuhan kanak-kanak selama 26 tahun, beliau banyak berkongsi pengalaman dan selok belok perniagaan perkhidmatan tersebut.

Progam ini juga turut mengundang En. Fauzi Masdan, ketua jabatan Pembangunan Usahawan Asnaf Lembaga Zakat Selangor yang telah melahirkan ramai ushawan asnaf di negeri Selangor ini.
Disebelah petang semua peserta dibawa melawat ke beberapa pusat asuhan kanak-kanak disekitar Shah Alam dan Klang.

Kemudian mereka dibawa melawat ke lokasi kedai-kedai borong di Kawasan Chow Kit. Dalam Sesi lawatan ini peserta banyak mendapat pendedahan baru dari pengusaha Taska sendiri tentang realiti dan asam garam dunia perniagaan .

Jelas ustazah Hazlina sebagai pengendali program SPIES ini, modul yang diperkenalkan oleh Dr. Hajjah Halimah Ali ini merupakan satu modul yang holistik merangkumi Spritual, Pysical, Intelectual, Emotional dan Social. Rata-rata peserta yang mengikuti program ini sangat berpuas hati dan mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

This entry was posted on Tuesday, May 18, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.