SPIES KELUARGA LAHIRKAN MASYARAKAT SEJAHTERA

Shah Alam 5 Mei 2010 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Sekretariat Pendidikan, Pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengadakan Program SPIES Keluarga untuk Rakyat Negeri Selangor .Tujuan Program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari aspek Spiritual, Fizikal, Inteltual, Emosional dan Sosial.

Setakat ini empat siri program telah diadakan dari 10 Program yang telah dirancangkan. Program tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab dan AL-Quran (PUSBA) sebagi Perunding Rasmi program ini. Program SPIES Keluarga ini telah dijalankan di Sekolah Rendah Agama Integrasi di Kuala Langat, Shah Alam, Hulu Langat dan Bandar Baru Bangi. Peserta Program SPIES Keluarga ini melibatkan penyertaan dari ibu, bapa dan anak-anak. Sambutan peserta dalam program ini sangat menggalakkan. Namun begitu, Peserta di kalangan bapa agak sedikit berkurangna berbanding kaum ibu.

Program SPIES Keluarga ini adalah sebahagian dari Program Kerajaan Selangor Merakyatkan Ekonomi Selangor( MES ). Penyertaanya adalah percuma. Pengisian program adalah meliputi dari semua aspek kehidupan manusia iaitu Spiritual, Fizikal, Emosional, Intelektual dan Sosial.

Dalam Program ini semua peserta Muslim diajak untuk mengikuti Aktiviti Solat Dhuha dan doa sebagai satu usaha terapi kerohanian. Mereka juga diwajibkan untuk Solat Zohor berjamaah bersama ahli keluarga yang hadir.

Menurut jurulatih utama PUSBA , Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni ; “komitmen yang diberikan daripada para peserta menunjukkan masyarakat kini sangat dahagakan ilmu dan kemahiran untuk mengurus keluarga yang semakin kompleks dan mencabar. Justeru itu, Modul program kali ini lebih mantap dan dikemaskini dengan beberapa penambahbaikan terutama dari aspek spiritual.”

YB Dr. Hajah Halimah Bt. Hj. Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan mengharapkan agar program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Selangor agar pembentukan masyarakat yang harmoni dan keluarga yang penyayang dapat direalisasikan sejajar dengan pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri sekarang ini.

Dari maklum balas yang diterima, para peserta berharap agar program-program peningkatan kemahiran kekeluargaan ini dapat diteruskan dan diperhebatkan lagi . Tujuannya ialah bagi melahirkan masyarakat berketerampilan yang mempunyai daya tahan dan daya saing dalam dunia maju yang semakin mencabar.

Dalam program-program kemahiran seperti ini peserta akan didedahkan dengan modul pembentukan sahsiah diri, modul mempertingkatkan hubungan harmoni di kalangan ahli keluarga, Modul menambah keyakinan diri, Modul membuka minda dan membangkitkan kesedaran di dalam diri sendiri.

Rakyat Negeri Selangor berdoa agar Kerajaan Negeri Selangor terus komited menjadikan Negeri Selangor Negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan” sebagai satu realiti.

This entry was posted on Wednesday, May 5, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.