Assalamualaikum & Salam berjumpa lagi, didoakan agar semua blogger berada dibawah payung rahmat Allah, Alhamdulillah juga kita msih diberi peluang untuk terus bernafas selain untuk terus membuat amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak, Amin...
Untuk pengetahuan semua blogger, pada 8/7/2012 yang lalu, Sekretariat Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al-Quran (PUSBA) telah berjaya mengadakan Program SPIES Keluarga bertempat di Hotel GoldCourse, Klang
Alhamdulillah juga kerana sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Seramai 47 orang peserta telah menghadiri program ini.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya Slot Ceramah, LDK, Terapi Emosi dan lain-lain.Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini.
SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)
Tujuan Program ini ialah untuk :
1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.
Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini dan berharap akan dapat mengikutinya lagi pada masa hadapan.
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958