Assalmualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera kepada semua blogger, didoakan agar kite semua berada di bawah payung rahmat Ilahi...Amin...
Alhamdulillah juga baru-baru ini pihak Sekretariat Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al-Quran (PUSBA)telah menganjurkan Program SPIES Keluarga bagi DUN Sri Muda bertempat di SRA Bukit Naga pada 12 Mei 2012 di Dewan SRA Bukit Naga....
Program kali ini telah disertai seramai 65 orang termasuk pelajar & ibubapa
Pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya Slot Ceramah, LDK, Terapi Emosi dan lain-lain.Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini.
Penceramah yang mengendalikan program adalah terdiri dari Jurulatih Utama PUSBA Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, antara yang diterapkan dalam ceramah beliau ialah “Pembinaan spiritual dan roh adalah paling utama dan asas dalam usaha pembangunan insan” Manakala aktiviti remaja dikendalikan oleh Sdr Azam. Aktiviti remaja lebih kepada "mencapai matlamat & hala tuju". Perbincangan dibuat menggunakan bahan modul kepada peserta.
SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)
Tujuan Program ini ialah untuk :
1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.
Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini dan berharap akan dapat mengikutinya lagi pada masa hadapan.
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958
SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 12
This entry was posted on Thursday, October 18, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.



