SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 5

Pada 14 April 2012 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan satu lagi Program SPIES Keluarg bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 )SRAI SS7). Program kali ini merupakan siri yang ke-5. Program SPIES ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama PUSBA (Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al Quran) dan DUN Kota Anggerik.

Seramai 70 orang peserta telah menghadiri program ini. Semua peserta yang hadir juga memiliki latarbelakang yang berbeza antaranya surirumah tangga, kakitangan awam & swasta dan tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar sekolah.

SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)

Tujuan Program ini ialah untuk :

1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.

Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini dan berharap akan dapat mengikutinya lagi pada masa hadapan.

ALAMAT PEJABAT :

7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958

This entry was posted on Tuesday, August 28, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.