Assalamualaikum & Salam berjumpa lagi, didoakan agar semua blogger berada dibawah payung rahmat Allah, Alhamdulillah juga kita msih diberi peluang untuk terus bernafas selain untuk terus membuat amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak, Amin...
Untuk pengetahuan semua blogger, pada 29/4/2012 yang lalu, pihak PUSBA telah berjaya mengadakan Program SPIES Keluarga bertempat di Sekolah REndah Agama Kampung Medan bagi mewakili DUN Sijangkang. Program ini adalah anjuran Sekretariat Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor di bawah YB Dr Hajah Halimah Ali. Alhamdulillah juga kerana sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Seramai 80 orang peserta Darjah 6 termasuk ibubapa telah menghadiri program ini.
Antara objektif program SPIES ialah :
1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Zawawi yang bertajuk "Kenali Diri". Di akhir ceramah ini peserta akan dapat merasakan bahawa setiap gerak geri, setiap tindak tanduk, setiap langkah, sentiasa diperhatikan oleh Allah, Yang Maha Melihat. Semua peserta berasa begitu seronok mendengar ceramah beliau. Pada sebelah petang pula, sekali lagi peserta diberikan ceramah mengenai Terapi Emosi yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Hazlina. Uniknya ceramah petang itu, kaedah beliau bukan hana berdasarkan teori semata-mata, malahan beliau menunjukkan amali atau tekniknya juga. Semua peserta berpeluang membuatnya. Program berakhir dengan majlis penutupan tepat jam 4.00 petang
Insya Allah, sampai di sini dahulu warkah kali ini, jumpa lagi di penulisan yang lain, Assalamualaikum~
Kami mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk menjayakan program pembangunan modal insan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami juga mengajak mana-mana sekolah menengah yang berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini.
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958
SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 9
This entry was posted on Wednesday, August 29, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.