SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 7

Meru, 15 April 2012 (Ahad) - Lebih 75 orang ibubapa dan remaja telah menghadiri Program SPIES Keluarga yang dianjurkan oleh Sekretariat Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama PUSBA (Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al Quran) dan DUN Meru bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (Batu Belah, Klang)

Pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya Slot Ceramah, LDK, Terapi Emosi dan lain-lain.Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini.

Penceramah yang mengendalikan program adalah terdiri dari Jurulatih Utama PUSBA Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, antara yang diterapkan dalam ceramah beliau ialah “Pembinaan spiritual dan roh adalah paling utama dan asas dalam usaha pembangunan insan” Manakala aktiviti remaja dikendalikan oleh Sdr Azam. Aktiviti remaja lebih kepada "mencapai matlamat & hala tuju". Perbincangan dibuat menggunakan bahan modul kepada peserta.

SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)

Tujuan Program ini ialah untuk :

1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.

Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini dan berharap akan dapat mengikutinya lagi pada masa hadapan.

ALAMAT PEJABAT :

7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958

This entry was posted on Tuesday, August 28, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.