SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 4

Cempaka, 14 April 2012 : Lebih 76 orang ibubapa dan remaja telah menghadiri Program SPIES Keluarga yang diadakan di Dewan Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Penceramah yang mengendalikan program adalah terdiri dari Jurulatih Utama PUSBA Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, antara yang diterapkan dalam ceramah beliau ialah “Pembinaan spiritual dan roh adalah paling utama dan asas dalam usaha pembangunan insan” Manakala aktiviti remaja dikendalikan oleh Sdr Azam. Aktiviti remaja lebih kepada "mencapai matlamat & hala tuju". Perbincangan dibuat menggunakan bahan modul kepada peserta.

SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)

Tujuan Program ini ialah untuk :

1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya Slot Ceramah, LDK, Terapi Emosi dan lain-lain.Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini.

Hubungi Kami

Pejabat :

7B lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang
Tel / Fax : 03 5166 0418
Encik Zawawi - 019-3339871
Encik Muslim - 017-3525958
xawawi@yahoo.com








This entry was posted on Wednesday, August 8, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.