SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 3

Kota Anggerik, 25 Mac 2012 : Lebih 56 orang ibubapa dan remaja telah menghadiri Program SPIES Keluarga yang diadakan di Dewan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam

Penceramah yang mengendalikan program adalah terdiri dari Jurulatih Utama PUSBA Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dan Ustazah Hazlina Abd Razak. Manakala aktiviti remaja dikendalikan oleh Sdr Azam.

Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini dan berharap akan dapat mengikutinya lagi pada masa hadapan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari selaku ADUN Kota Anggerik. .

SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)

Tujuan Program ini ialah untuk :

1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.

Kami mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk menjayakan program pembangunan modal insan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami juga mengajak mana-mana sekolah menengah yang berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini.

ALAMAT PEJABAT :

7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958

Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :

terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi











This entry was posted on Tuesday, July 31, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.