Meru, 24 Mac 2012 – “Seminar kekeluargaan dan kemahiran keibubapaan seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap” kata Pn Sharifah, salah seorang peserta Seminar SPIES Keluarga yang dianjurkan oleh Sekretariat Pendidikan, pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama PUSBA (Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al Quran) dan DUN Meru. Bermula seawal jam 8.30pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir jam 4.00petang. Semua peserta yang hadir juga memiliki latarbelakang yang berbeza antaranya surirumah tangga, kakitangan awam & swasta dan tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar sekolah.
SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)
Antara penceramah yang terlibat ialah Ustaz Haji Mohd Zawawi b Ahmad Mughni merupakan seorang perunding motivasi dan Ustazah Hajjah Hazlina bt Razak merupakan Pengerusi Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak (DARWA).
Tujuan Program ini ialah untuk :
1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.
Program seminar tersebut dihadiri oleh 45 orang peserta yang terdiri orang ibubapa dan anak-anak remaja dari kawasan DUN Meru. Modul SPIES Keluarga kali ini lebih banyak menggunakan pendekatan praktikal dan komunikasi dan interaksi aktif dua hala . Semua peserta diberi ruang dan peluang untuk menyatakan masalah dan berkongsi pandangan mereka dalam hal ehwal mengurus keluarga.
Topik utama dalam Seminar ini ialah mengenali diri dan mengenali Tuhan. “Pembinaan spiritual dan roh adalah paling utama dan asas dalam usaha pembangunan insan” kata Ustaz Haji Mohd Zawawi Ahmad Mughni, perunding motivasi PUSBA. Ujarnya lagi ”Sebagai orang Islam pembinaan spiritual yang mantap bermakna kita membina iman dan takwa kepada Allah yang telah menjadikan manusia itu sendiri”.
Dalam topik komunikasi keluarga, peserta dibawa mengimbau kepada kenangan lalu ketika mereka baru mula mencari pasangan untuk mendirikan rumahtangga. Menurut En Ustaz Zawawi, “mengikut kajian dan pengalamannya sendiri sebagai seorang jurulatih program kekeluargaan, Kebanyakan masalah yang berlaku dalam rumah tangga banyak berpunca dari masalah komunikasi”. "Kemahiran komunikasi sangat berkait rapat dengan kemahiran sosial". Kemahiran sosial perlu dibangunkan seimbang dengan empat komponan yang lain iaitu spiritual, fizikal, Intelektual dan Emosional.
Katanya lagi “Sumber rujukan dan pakar komunikasi yang terunggul sekali tentunya Junjungan Besar nabi kita Muhammad SAW.”. Beliau bukan sekadar dapat berkomunikasi dengan semua isterinya dengan baik dan berkesan tetapi juga kepada semua pimpinan negara diperingkat nasional dan internasional”.
Menurut Jurulatih kanan PUSBA, Ustazah Hazlina Abd Razak, “Kelebihan wanita adalah dari aspek emosi. Justeru orang wanita mesti diberi kemahiran untuk mengurus emosi mereka dengan baik. Bagi memantapkan lagi keharmonian rumah tangga, suami juga harus tahu bagaimana hendak ‘mengurut’ emosi isteri agar dapat disalurkan ke tempat yang betul.
“emosi kasih sayang harus disemai, dipupuk dan disuburkan dalam kehidupan berkeluarga. Kasih sayang yang pudar dan hambar akan menjadikan rumahtangga panas dan gersang. Akhirnya akan membawa kepada keluarga yang mudah 'terbakar' dan jika tidak segera diselamatkan ia akan menghanguskan mahligai indah yang telah dibina sekian lama.
Menurut En Abu seorang peserta veteran yang menemani cucunya, " Saya merasa bersyukur dan berterima kasih kerana dapat mengikuti program ini kerana dapat membuka minda dan hatinya untuk menghadapi kehidupan yang dengan cabaran dan dugaan"." Saya harap program seperti ini dapat diteruskan dan diadakan setiap tahun.
Kami mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk menjayakan program pembangunan modal insan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami juga mengajak mana-mana sekolah menengah yang berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini.
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958
Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :
terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi
SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 2
This entry was posted on Tuesday, July 31, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.



