Apa itu SPIES?
SPIES – adalah satu kerangka konsep yang menjadi asas kepada perancangan pembangunan modal insan di Selangor. SPIES boleh dilihat sebagai model sebagai rujukan dalam program pembangunan modal insan.
Program pembangunan modal insan Selangor adalah di bawah potfolio EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan yang diamanahkan kepada YB Dr. Halimah Ali serta dibantu oleh Sekretariat Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan dan Sekretariat SPIES.
SPIES adalah akronim dari perkataan SPIRITUAL, PHYSICAL, INTELLECTUAL, EMOTIONAL, SOCIAL. Ia adalah satu jenama. Akronim ini amat sesuai dan dieja begitu rupa kerana ia mempunyai falsafah dan rasionalnya tersendiri. Biarpun jenama SPIES berbunyi bahasa Inggeris, tetapi apa yang lebih penting ialah falsafah dan pengisiannya. SPIES menekankan kepentingan kesedaran diri dan tanggungjawab diri dan bukan memaksa atau mendoktrin peserta ke arah satu haluan ideologi.
Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al-Quran (PUSBA) telah di pilih sekali lagi sebagai perunding untuk Program SPIES Keluarga bagi tahun 2012. Modul untuk kali ini menekankan tentang aspek spiritual, komunikasi dan Terapi / solusi. Namun pendekatan tahun ini, menggunakan pendekatan 'komuniti base' iaitu program diadakan di kawasan lokaliti masyarakat seperti di masjid dan dewan awam.
Pada 17/3/2012 yang lalu, telah diadakan satu program SPIES Keluarga di Masjid An-Naim, Jalan Kebun (Sri Muda)untuk Siri 1. Program ini telah dihadiri seramai 68 orang yang terdiri dari kalangan ibu, bapa, dan anak. Bermula seawal jam 8.30pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir jam 4.00petang. Semua peserta yang hadir juga memiliki latarbelakang yang berbeza antaranya surirumah tangga, kakitangan awam & swasta dan tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar sekolah.
SPIES Keluarga ini terbahagi kepada 2 sesi :
9.00pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)
2.00petang - 4.00petang (Sesi 2)
Antara penceramah yang terlibat ialah Ustaz Haji Mohd Zawawi b Ahmad Mughni merupakan seorang perunding motivasi dan Ustazah Hajjah Hazlina bt Razak merupakan Pengerusi Rumah Perlindungan Wanita & Kanak-Kanak (DARWA).
Tujuan Program ini ialah untuk :
1. Memahami konsep pembangunan insan acuan SPIES yang komprehensif.
2. Memantapkan kemahiran komunikasi antara ahli keluarga
3. Mempelajari Terapi Emosi minda untuk kebahagiaan diri dan ahli keluarga.
Kami mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk menjayakan program pembangunan modal insan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami juga mengajak mana-mana sekolah menengah yang berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini.
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Perunding kami :
Ustaz Zawawi : 019-3339871
En. Muslim : 017-3525958
Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :
terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi
SPIES KELUARGA 2012 - SIRI 1
This entry was posted on Tuesday, July 31, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.



