PUSBA telah dilantik oleh Akademi Zakat Selangor sebagai perunding untuk pelaksanaan program Kembara Ilmu untuk anak-anak asnaf zakat negeri Selangor. Program yang direka bentuk khas untuk anak-anak remaja berusia 10-12 tahun ini menumpukan kepada kemahiran asas fardhu ain.
Program unik ini dilaksanakan dalam musim cuti sekolah bagi tujuan mengisi masa lapang anak-anak remaja dengan aktiviti berfaedah. Program ini juga menerapkan elemen-elemen pemantapan spiritual dan pembinaan sahsiah diri supaya mereka dapat menjadi insan berguna kepada agama,keluarga, masyarakat dan negara.
Konsep kembara dalam program ini bertujuan untuk menarik minat generasi muda memahami dan mendalami asas-asas amalan ibadat dengan pendekatan yang lebih menarik. Dalam pengembaraan ini mereka akan bertanding untuk mendapatkan posisi terbaik. Pihak AZAS menyediakan berbagai-bagai hadiah yang menarik dan unik.
HAYATI ISLAM DALAM KEMBARA ILMU
This entry was posted on Sunday, April 1, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.