Shah Alam - PUSBA telah di pilih sekali lagi sebagai perunding untuk Program SPIES Keluarga untuk tahun 2012. Modul untuk kali ini menekankan tentang aspek spiritual, komunikasi dan Terapi / solusi. Namun pendekatan tahun ini, menggunakan pendekatan 'komuniti base' iaitu program di adakan dikawasan lokaliti masyarakat seperti di masjid dan dewan awam.
Pendekatan baru ini diharapkan akan lebih memudahkan kepada semua ahli masyarakat yang berminat untuk menyertainya tanpa perlu bergerak jauh dan meninggalkan ahli keluarga untuk tempoh masa yang lama.
Kami mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk menjayakan program pembangunan modal insan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami juga mengajak mana-mana sekolah menengah yang berminat untuk bekerjasama menganjurkan program ini. Sila hubungi pengurus program : 019 3339871.
SPIES KELUARGA 2012 KEMBALI LAGI
This entry was posted on Thursday, March 29, 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.