17 Julai 2010, Sg. Leman - Lebih kurang 60 orang peserta Tahsinul Quran dari masjid yang terlibat ; Masjid Nurul Falah, Sg. Leman, Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan dan Masjid As-Saidiah, Pasir Panjang telah berjaya menamatkan kursus Tahsinul Quran yang telah diadakan sebanyak 7 siri bermula bulan Januari hingga bulan Jun.
Majlis Penutupan Tahsinul Quran tersebut yang sepatutnya dirasmikan oleh Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor, Dr. Ruziah Ghazali telah dirasmikan oleh pengurus PUSBA, Ustazah Hajjah Hazlina Abd Razak kerana beliau mempunyai urusan di luar negara.
Pihak PUSBA mengucapkan jazakallahu khairan khathira kepada pihak nazir-nazir masjid, ketua kampung, guru-guru Al-Quran,semua peserta yang terlibat dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsungdalam menjayakan kursus tahsin quran ini bermula dari siri pertama sehingga majlis penutupan.





