SPIES KELUARGA TANGANI MASALAH SOSIAL




4 Julai 2010 - Kg Medan, Petaling Jaya : "Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti program SPIES keluarga ni kerana saya nak ikut pertandingan Azan di Program Karnival Masjid di Masjid Nurul Ehsan, tetapi selepas saya mengikuti ceramah pertama program spies keluarga, saya membatalkan niat saya" kata Muhamad Ghufran salah seorang peserta program spies keluarga di Sekolah Rendah Agama At Tarbiyatul Islamiyyah Kg. Medan, Petaling Jaya.

Program anjuran sekretariat pendidikan, Pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor turut dihadiri oleh ibubapa pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Program ini juga turut menampilkan Ustaz Zamri Zainal Abidin, Juruhebah dan penerbit Radio Ikim.fm. Beliau dengan penampilan yang sederhana dan bersahaja menarik minat semua peserta yang hadir.

Dalam program ini semua peserta diajak untuk menunaikan solat sunat dhuha sebagai satu aktiviti kerohanian dan pengukuhan spiritual.Kebanyakan peserta jarang menunaikan ibadat ini kerana tidak tahu tentang kelebihan dan fadilat yang besar bagi ibadat ini.



"saya merasa beruntung dan bertuah kerana dapat mengikuti program ini dan berharap agar ia dapat diadakan setiap tahun" kata seorang ibu yang mengikuti program ini dari pagi hingga ke hujung siaran.

"Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sekaligus dapat memabantu menangani maslah sosial yang semakin tenat hari ini" Kata Ustazah Hamidah yang turut menyertai program tersebut.

This entry was posted on Tuesday, July 6, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.