Morib, 18 Julai 2010 – “Saya dapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna” kata salah seorang peserta program SPIES Keluarga yang diadakan di Hotel Impian, Morib. Seramai 87 orang wanita yang terdiri dari ibu tunggal dan wanita dari DUN Tanjung Sepat, DUN Morib dan DUN Dengkil telah hadir ke program tersebut.
Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang wanita dari keturunan Tamil. Mereka merasa begitu gembira dan teruja sekali kerana dapat mengikuti program ini dan berharap agar lebih ramai lagi wanita dari kalangan bukan Melayu untuk hadir sama.
“Banyak ilmu dan maklumat yang saya perolehi dalam program ini. Saya dapat mengenali diri saya yang masih banyak kekurang terutama dalam pendidikan anak-anak” ujar seorang ibu dari Kg Tanjung Sepat.
Salah seorang pemimpin wanita yang menjadi peserta program SPIES ini berkata :“ Program ini dapat meningkatkan lagi hubungan saya dengan masyarakat dan jiran tetangga serta ahli keluarga saya. Saya berharap agar program SPIES Keluarga ini dapat diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar”
Program SPIES Keluarga ini telah dirasmikan oleh YB Puan Rodziah Ismail, Exco Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan banyak menyediakan program-program untuk membantu menambahkan pendapatkan keluarga antaranya ialah Program Kitar Semula Minyak Masak. Harga setong minyak masak yang telah digunakan harganya boleh mencecah hingga Rm200. Minyak tersebut digunakan untuk industri pembuatan lilin dan sabun.
“ Selain dari itu, Program Kesihatan Wanita Pemeriksaan Mamogram juga telah digerakkan. Wanita-wanita yang berusia 40 tahun ke atas akan diberi pemeriksaan kanser pangkal rahim secara percuma”. Pusat komuniti wanita juga akan ditubuhkan disetiap DUN bagi membantu golongan wanita khasnya ibu tunggal” ujarnya lagi.
" Tidak lama lagi Kerajaan Selangor akan melancarkan program Micro Kredit. Wanita-wanita khususnya yang berminat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan merebut peluang ini. Mereka akan diberikan pinjaman mudah mengikut permohonan dan kepereluan yang dipohon. Kaedah pembayaran juga lebih fleksibel dan tidak membebankan pemohon"
Banyak lagi program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh Sekretariat wanita Negeri Selangor. Justeru kaum wanita diseru agar lebih berfikiran terbuka dan peka kepada perubahan persekitaran untuk melahirkan generasi wanita yang lebih maju dan produktif.
LEBIH BANYAK PROGRAM BANTU WANITA; YB RODZIAH
This entry was posted on Monday, July 19, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.