SPIES KELUARGA SINGKAT TAPI PADAT

Kuala Selangor, 5 Jun 2010 - "Kami berazam untuk menjadi ibubapa yang baik dalam mendidik anak-anak. Kami banyak mendapat ilmu yang berguna untuk membangunakan keluarga yang bahagia dan sejahtera selepas mengikuti program Spies keluarga ini" kata salah seorang peserta program sehari SPIES Keluarga yang diadakan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Daerah Kuala Selangor.

Malangnya ada dikalangan ibubapa yang diundang untuk mengikuti program ini tidak dapat hadir kerana urusan kerja, majlis keluarga dan kenduri kendara.

Namun begitu semua peserta yang hadir merasa begitu bertuah kerana diberi peluang untuk mengikuti program ini dan berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi.

" Diri kita umpama bateri. Ia perlu dicas apabila kuasanya telah habis. Program SPIES dapat memberikan suntikan kuasa baru untuk kita membina institusi keluarga yang lebih kukuh dan mapan" kata jurulatih program En Nordin Bin Kamsin.

" Rasanya tak cukup sehari untuk program yang penting seperti ini. Saya cadangkan supaya ditambah kepada dua hari supaya lebih banyak isu dapat dihadamkan. Program Spies Keluarga ini singkat tapi padat" kata seorang bapa yang hadir dalam program ini.

This entry was posted on Monday, June 7, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.