SIRI AKHIR : TAHSINUL QURAN






SEKINCHAN 22 Jun - Program Tahsinul Quran telah merentasi tujuh siri dan berakhir pada 13 Jun di Masjid Saidiah, Pekan Pasir Panjang, 19 Jun di Masjid Alaniah, Pekan Sekinchan dan 20 Jun di Masjid Nurul Falah, Sungai Leman Sekinchan.

Program anjuran Akademi Zakat Selangor (AZAS) dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran (PUSBA) ini merupakan satu bentuk pengajian al-Quran secara berperingkat menerusi kaedah IQRA'. Peserta dalam program ini melibatkan asnaf di Sabak Bernam.

Bermula 9.00 pagi para peserta berdaftar dan seterusnya memulakan sesi pengajian mengikut kumpulan-kumpulan yang ditetapkan. Dalam setiap kumpulan terdapat tenaga pengajar yang membaiki mutu bacaan, pemahaman dan tajwid setiap peserta. Kumpulan ini sebenarnya dibahagikan mengikut kefahaman masing-masing. Pengajian tamat pada jam 4.00 petang.

Menurut Mohamad Ng Abdullah program ini sewajarnya diteruskan lagi agar pembacaan al-Quran di dalam masyarakat dapat diperbaiki. Tambahnya lagi kaedah dan pengajian berkumpulan yang dilaksanakan PUSBA ini amat wajar dan perlu diperluaskan dari masa ke masa.

This entry was posted on Tuesday, June 22, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.