SPIES Keluarga Bina Keluarga Bahagia

Kuala Langat, 4 April 2010 ; Lebih 130 orang ibubapa dan remaja telah menghadiri Program SPIES Keluarga yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Agama Kebun Baru, Teluk Panglima Garang.

Penceramah yang mengendalikan program adalah terdiri dari Jurulatih Utama PUSBA Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Ustaz Abd Razak Arifin dan Ustazah Hazlina Abd Razak. Manakala aktiviti remaja dikendalikan oleh Sdr Shafizan, Ustaz Umar Aziz dan Sdr Hanis.

Kebanyakan peserta merasa begitu teruja dan gembira kerana dapat mengikuti program anjuran kerajaan Negeri Selangor ini dan berharap akan dapat mengikutinya lagi pada masa hadapan.

Majlis tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berhormat Dr Ahmad Yunus Hairi, Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Kampung Bt 9 dan Ketua Kg Batu 10, YDP PIBG dan beberapa orang AJK PIBG.



Program berakhir pada jam 5.00 petang

This entry was posted on Tuesday, April 6, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.