Sabak Bernam - Akademi Zakat Selangor (AZAS) telah mengambil pendekatan mendidik untuk memberikan bantuan bimbingan rohani. Kemahiran yang diberi keutamaan ialah kemahiran membaca Al Quran.
Program sehari yang diisi dengan berbagai aktiviti menarik khususnya berkaitan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan bacaan Al Quran. Program ini diadakan dimasjid berhampiran dengan tempat tinggal penerima bantuan zakat. Tujuannya ialah supaya mereka mudah untuk hadir dan mendekatkan mereka dengan institusi masjid.
Program ini dibahagikan kepada tiga segmen. Segmen pertama ; diisi dengan taklimat, pengenalan program, ceramah motivasi membaca Al Quran. Mereka juga diuji tahap keupayaan membaca Al Quran supaya mereka dapat bersama dalam kumpulan yang sama tahap kebolehan membaca Al Quran.
Segmen kedua ; Mereka berbincang dalam kumpulan kecil berkenaan bacaan AL Quran. Fokus utama perbincangan ialah bagaimana untuk meningkatkan mutu bacaan Al Quran.Mereka juga diberi ruang untuk memberikan idea dan pandangan yang baik untuk dikongsi bersama.
Segmen ketiga ; Aktiviti ini lebih kepada permainan motivasi dan menguji tahap pengetahuan mereka berkaitan fardhu ain, bacaan al Quran dan amalan ibadat solat. Mereka diberikan kuiz dan hadiah galakan untuk menarik minat mereka terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.
Mereka begitu teruja sekali kerana diberi peluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman terutamanya dalam hal kerohanian dan amalan ibadah. Mereka berharap lebih ramai lagi rakan-rakan asnaf yang tidak dapat hadir agar melapangkan masa untuk menghadiri program ini pada masa akan datang.
PROGRAM TAHSINUL QURAN
This entry was posted on Friday, February 12, 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.



