PUSBA atau Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al-Quran telah ditubuhkan pada 1998 yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 001218608-X di Taman Seri Andalas Klang, Selangor. Pada peringkat awal penubuhan, ia banyak menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan yang menumpukan pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab dengan menggunakan pendekatan yang lebih moden dan menarik.
Kemudian PUSBA telah berkembang dan mula menganjurkan kursus-kursus intensif dalam pendidikan Bahasa Arab dan Al-Quran secara berkelompok. Pada tahun 2005, PUSBA telah berpindah ke Seksyen 30, Shah Alam dan PUSBA mula mengorak langkah dengan menganjurkan Program Pembangunan Insan Sepadu yang berteraskan konsep Quranic dan Holistic.
Modul-modul yang dibangunkan oleh PUSBA adakah modul Pembangunan Insan Sepadu yang berdasarkan ilmu-ilmu wahyu dan kosep psikologi moden.



