Peserta SPIES kali ini adalah dari kalangan remaja Kota@bandar. Kali ini cabarannya lebih getir kerana cuaca sering bertukar ganti tanpa henti. Kejap panas kejap hujan.Biasanya cuaca mendung dan gerimis.
Namun semangat dan kesungguhan semua peserta sangat mengkagumkan. Dalam keadaan keletihan dan keadaan cuaca yang kurang baik mereka tetap meneruskan perjalanan explorasi tersebut.
Namun ketika cuaca semakin kelam dan gelap, seorang peserta mengadu sakit dada dan sesak nafas. Beberapa langkah pencegahan telah dibuat tetapi nampaknya nafasnya semakin sesak dan kritikal. Kemudian seorang lagi mengadu sakit kepala dan mula terbaring.
Kami tidak memberikannya bantuan kecemasan tanpa ubat kerana tidak ada pengesahan dari Doktor. Kedua-dua peserta yang ketewasan itu terpaksa dibawa ke Hospital segera.
Nasib baik pesakit tak ramai dan urusan berjalan lancar, namun hampir dua jam juga kami menunggu hingga semua urusan selesai. Selepas mengambil ubat, mereka tidur dan berehat di dalam bilik.
Peserta yang lain meneruskan cabaran kembara malam yang lebih mendebarkan. walaupun telah diberi peringatan dan nasihat kepada yang takut dah lemah semangat agar menarik diri, namun semuanya tetap berkeras untuk meneruskan pengembaraan tersebut.Nampaknya mereka memang nekad.
Sybabbazzz bette..
Remaja Kota Teruja Bermain selut dan Lumpur
This entry was posted on Tuesday, November 17, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.