Morib 26 Oktober 2009 - Hampir 100 orang remaja telah mengikuti pogram SPIES Remaja untuk siri Pemantapan di Kem El Azzhar, Morib. Peserta yang berusia antara 13 hingga 18 tahun ini didatangkan khas dari DUN Selat Klang dan DUN Pelabuhan Klang.
Program SPIES Remaja edisi Pemantapan ini dirumus khas untuk menerapkan elemen SPIES dalam diri peserta dengan menggunakan pendekatan aktiviti luar yang mencabar dan lasak.
Antara aktiviti menarik dalam program ini ialah Explorasi SPIES, Kembara malam dan Menara SPIES. Mereka diuji dari segi ketahanan emosi,mental dan fizikal ketika mengharungi perjalanan yang penuh cabaran dan ranjau.
Mereka perlu menerapkan dan merasai sendiri perlunya semangat kerjasama,saling memahami,bertolak ansur, kesabaran dan ketabahan dalam menempuh perjalanan Explorasi SPIES.
"Walaupun ada dikalangan peserta yang mengidap penyakit yang berbahaya seperti asma dan jantung tetapi syukur al hamdulillah semuanya sampai dengan selamat dan teruja kerana tidak menyangka boleh melakukannya" ujar jurulatih Program, Us Mohd Zawawi.
Kebanyakan peserta merasa tidak puas dan mahukan program ini lebih lama kerana masa yang diberikan sangat singkat.Mereka berharap agar dapat dipelawa untuk mengikuti lagi program ini pada masa akan datang.
Program ini turut dihadiri oleh Penyeras DUN Pelabuhan Klang, En Mat Irwan Bin Mat Ismail. Beliau telah menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada semua peserta.
SPIES PEMANTAPAN BINA GENERASI MAPAN
This entry was posted on Monday, October 26, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.