Program SPIES Uji Daya Tahan Dan Daya Saing Remaja


MORIB – 18 Oktober 2009 , Seramai 86 orang remaja berusia 13-16 tahun telah mengikuti program pemantapan SPIES remaja di Kem El Azzhar, Morib.

Menurut Jurulatih program , Ustaz Mohd Zawawi Mughni, “program pemantapan SPIES ini adalah lanjutan dari program SPIES asas yang telah diikuti oleh peserta yang sama beberapa bulan yang lalu”.

“ Program kali ini lebih menumpukan kepada kemahiran komunikasi dan kemahiran merancang strategi mengikut modul program yang telah disediakan.

Menurut beliau “Peserta kali ini diuji ketahanan fizikal, mental dan emosi dengan aktiviti luar seperti kembara, merentas hutan diwaktu malam dan membina menara spies.”

"Walaupun ada peserta yang mengalami masalah keletihan dan cabaran alam namun dengan semangat setia kawan dan perjuangan kental mereka dapat menamatkan cabaran dengan jayanya".

Program tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh YB Dr. Ahmad Yunus Khairi, ADUN Sijangkang. Dalam ucapannya beliau menyeru agar generasi muda mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala sosial dan gaya hidup liar. Generasi muda mesti mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran masa depan yang lebih rencam dan lebih hebat." ujarnya lagi.

This entry was posted on Tuesday, October 20, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.