Progam K- IBad : Dua Hari Mencari Cinta

Sabak Bernam, 12 Oktober 09 - Pihak Akademi Zakat Selangor dengan kerjasama PUSBA telah berjaya mengadakan Program K-Ibad untuk anak-anak asnaf zakat berusia 16 tahun dari daerah Sabak Bernam.

Program ini juga dikenali sebagai " Dua hari Mencari Cinta...Allah" kerana pengisiannya penuh dengan aktiviti kerohanian dan pemantapan amalan ibadah fardiayah.

Program yang berlangsung selama dua hari itu dipenuhi dengan aktiviti pemantapan ibadah seperti Kaedah dan praktikal bersuci. Mereka turut diajar tentang kaedah bertayammum dan wudu' dengan segelas air. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mendidik peserta agar tetap menunaikan solat walaupun dalam keadaan darurat seperti musim kemarau, dalam kenderaan seperti kapal terbang dan keretapi.

Mereka juga didedahkan dengan kaedah mandi wajib secara teori dan praktikal. Para peserta begitu teruja dengan aktiviti yang dilalui kerana menambahkan lagi keyakinan mereka dalam mengerjakan ibadat.

Menurut Jurulatih Kanan PUSBA, Ustazah Hazlina Abd Razak, "Program ini dirumus khas untuk remaja agar lebih memahami dan mengamalkan ibadah dengan lebih mantap dan mudah difahami dan diamalkan.

Peserta diberikan ruang dan peluang yang luas untuk memahirkan diri dengan lebih banyak praktikal dalam iqamat, azan dan menjadi imam solat jamaah. Mereka turut didedahkan dengan amalan solat sunat malam seperti solat taubat, solat hajat, solat tahajjud dan solat witir. Disebelah pagi pula mereka diperkenalkan dengan solat duha dan solat tasbih.

walaupun program ini mendapat reaksi dan maklumbalas positif dari semua peserta namun kehadiran dari peserta adalah sangat mendukacitakan. Walaupun program ini adalah percuma namun ramai anak-anak asnaf zakat lebih suka memilih tidak hadir ke program yang baik ini tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.

This entry was posted on Tuesday, October 20, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.