PROGRAM PINTAR BELAJAR LAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG

Akhirnya....PUSBA berjaya melaksanakan Program Pintar Belajar Siri 4 untuk anak-anak asnaf Zakat Selangor selepas tertunda lebih sebulan.

Seramai 60 orang anak-anak asnaf yang akan mengambil peperiksaan PSRA pada tahun ini telah mengikuti program ini.Walaupun keadaan bas agak sesak dan menempuh perjalanan yang agak jauh, namun kerana keazaman yang kuat mereka tetap ceria dan bersemangat mengikuti semua aktiviti yang telah diaturkan.

terdapat 4 orang peserta yang tertinggal bas kerana masalah komunikasi tetapi akhirnya mereka sampai juga ke kem dengan bantuan guru sekolah mereka.kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas bantuan yang diberikan dan kami menghulurkan sedikit sumbangan diatas pertolongan yang diberikan.

Walaupun kami hanya berempat namun semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kepada semua anak-anak peserta kursus, andalah yang sepatutnya merubah hidup anda. Kalau bukan anda, siapa lagi. Kalau bukan sekarang, bila lagi!

Syabas dan Tahniah kepada anda semua.

USTAZ ZAWAWI

This entry was posted on Monday, August 3, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.