Penyertaan Teramai Program SPIES Remaja

Kajang, 4 Julai 09 - Seramai 124 orang remaja berusia 13 - 16 tahun telah mengikuti Program Pembangunan Modal Insan - SPIES Remaja Asas di Kem Nur Sungai Merab, Kajang.Penyertaan kali ini memang diluar dugaan kerana perkara teknikal dan komunikasi yang berlaku.

Peserta program kali ini datang dari kawasan DUN Meru dan DUN Sementa.Mereka begitu teruja dan bersemangat sekali untuk mengikuti program ini bahkan ramai yang terpaksa ditolak permohonannya kerana tempat yang terhad.

Semasa bertolak dari Masjid Al Syarif Meru, YB Dr Abdul Rani ADUN Meru telah menyampaikan amanatnya kepada semua peserta. Sebelum bertolak, Tok Ketua Kampung, Tuan Hj Thaifhor telah membacakan doa dan diaminkan oleh ramai peserta dan ibubapa turut mengiringi pemergian anak-anak mereka.

Berita seterusnya akan menyusul...

This entry was posted on Monday, July 6, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.