Kajang, 22 Jun 09 – Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah berjaya menganjurkan program SPIES Remaja di Kem Nur Sungai Merab, Kajang.
Program SPIES yang bertujuan untuk melahirkan insan cemerlang yang seimbang telah dihadiri oleh hampir 90 orang peserta remaja dari berbagai kaum. Peserta yang menyertai program ini adalah dari kawasan Dewan undangan Negeri ( DUN ) Selat Klang dan Pelabuhan Klang .
Semasa merasmikan penutupan program tersebut, Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Bt. Ali, yang juga ADUN Selat Klang berkata : “ Kerajaan Negeri sekarang sedang memacu pembangunan dan kemajuan Negeri selangor seiring dengan pembangunan warganya yang seimbang dan sepadu dengan menggunakan Modul SPIES.”
Menurutnya lagi :” Kerajaan Negeri berharap dengan lahirnya masyarakat yang cemerlang dan seimbang akan mewujudkan suasana aman, harmoni dan selamat di kalangan warga Negeri Selangor”
Program SPIES remaja selama dua hari ini bermula pada 20-21 Jun 09, telah dikendalikan oleh Perunding PUSBA yang berpengalaman luas dalam mengendalikan program pembangunan modal insan sepadu.
Jurulatih utama PUSBA Ustaz Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata: “ Program yang menjurus kepada aspek pembangunan dan kecemerlangan spiritual, fizikal, emosi,intelek dan sosial seorang remaja ini di harap dapat memantapkan jatidiri,motivasi dan nilai-nilai murni yang sepadu untuk menghadapi pelbagai cabaran dunia moden ”.
“ Apa yang diperlukan dalam sesebuah pembangunan negara yang mapan adalah pembangunan insannya yang berkualiti. Pembangunan fizikal semata-mata tidak akan memberi makna jika manusianya tidak dibangunkan bersama”. Melalui program SPIES ini diharapkan Kerajaan Selangor mampu mencapai sebuah Negeri yang aman, sejahtera dan maju seperti yang terungkap dalam Al Quran “ Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur:.
PROGRAM SPIES MAMPU LAHIRKAN GENERASI TERHEBAT
This entry was posted on Thursday, June 25, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.