Pada minggu yang lalu pihak PUSBA telah ke Sabak Bernama. Kami bertolak sebelah pagi lebih kurang pukul 11.00 pagi kerana ada beberapa urusan diperjalanan yang perlu dibereskan. Tujuan kami ke Sabak adalah untuk melaksanakan satu program bersama pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksanaan PSRA.
Biasanya perjalanan ke Sabak Bernam mengambil masa 2 jam atau lebih kerana banyak kawasan-kawasan kemalangan maut dan berbahaya kepada pengguna yang memmbawa kenderaan dengan laju. Semasa kami melewati kawasan Sungai Besar ada satu kemalangan kecil. Sebuah motosikal dengan motosikal.
Kami Solat jumaat di Kuala Selangor. Khatib bertugas ialah Us Bahari, bekas ustaz yang pernah mengajar aku dulu. tapi tak sempat nak jumpa kerana kami perlu bergegas segera meneruskan perjalanan kami.
Kami sampai didestinasi lebih kurang pukul 3.30 dan kami terus berurusan di kaunter untuk check in dan beberapa urusan lain. Aku agak terkejut apabila pihak Resort memklumkan bahawa bilik seminar kami ditempatkan disebuah bekas ruang makan yang sangat kecil. Macam saiz bilik darjah. Aku dah rasa tak sedap hati kerana susah juga nak buat program 3 hari dengan bilik yang sempit dan memang tak sesuai untuk program latihan. Pihak pengurusan memberi berbagai cerita untuk menjelaskan apa yang berlaku.
Lain kali janganlah ambil 2 program serentak!
Oleh kerana agak letih dan bengang,aku terus berehat dibilik untuk berehat sambil mencari ilham untuk perjalaan program yang seterusnya.Fasi2 yang lain meneruskan perbincangan stretegi untuk ubah suai modul dan aktiviti dengan perubahan lokasi ini.
Selepas pukul lima peserta masih belum muncul juga. Biasanya memang lewat macam ni tapi taklah selewat ini. Tiba-tiba aku dihubungi oleh Pengurus Syarikat mengatakan program terpaksa dibatalkan kerana peserta tidak dimaklumkan.Aku macam tak percaya kerana program ini adalah siri yang ke empat. Sepatutnya mereka telah maklum lebih dulu dan tidak ada alasan untuk tidak tahu. Jadual dan takwim pun telah diedarkan lama. AKu rasa ada yang tak kena. Kecuaian begini tidak sepatutnya berlaku kerana ia hanya membazirkan masa dan wang amanah rakyat.
Akhirnya, apa yang aku bayangkan betul-betul berlaku. Kali ini lebih menguji kesabaran aku.Nasib baik aku tak turunkan semua peralatan dan barang keperluan dari kereta.Memang biasanya aku akan tunggu peserta sampai baru aku turunkan barang kerana keadaan macam inilah yang selalu mendebarkan aku.
Selepas solat asar kami terus bergerak balik. Sebelum meninggalkan pekan Sabak Bernam, kami singgah dikedai Durian untuk menikmati keenakan Buah Durian Sungkai sambil meredakan stres.Aku sempat menghubungi sahabat perjuanganku, khairudin yang kebetulan ada diSabak untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan program yang akan datang disebuah Restoran berhampiran.
sepanjang perjalanan kami melayan cerita P Ramle,3 Abdul samabil berbual-bual kosong untuk meredakan ketegangan minda dan emosi.Kami sampai dirumah selepas jam menunjukkan pukul 10.10 malam.
Moral cerita :
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah dengan sebaiknya kerana kita akan ditanya diakhirat nanti tentang amanah dan tanggungjawab kita didunia.
2. Sabar adalah kunci kejayaan. Kesabaran yang ditunjukkan oleh para rasul berjaya mengubah umat yang jahil dan sesat.
3. Latihan mengawal Tekanan yang berterusan penting untuk diri kita.emosi
yang terkawal dapat merangsang minda untuk bergerak mencari idea-idea baru.
4.Satu panggilan telefon boleh menyelesaikan banyak masalah.Jadi apa gunanya teknologi dan gajet yang canggih kalau tidak digunakan.
5.Tidak ada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Kita hanya mampu merancang dan kadang-kadang tidak mengikut perancangan.Patuhilah perancangan anda.Do what you say...
:)Pihak PUSBA memohon maaf kepada Wak Juragan, Azam,Nad dan Aja kerana keadaan itu.Terima kasih atas pengorbanan kalian.Ojo kapok!
Kisah Benar
This entry was posted on Wednesday, July 1, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.



