Sabak Bernam, 17 Mei 09 - Pihak Akademi Zakat Selangor dengan kerjasama PUSBA telah berjaya mengadakan Program Pintar Belajar untuk calon-calon PSRA ( peperiksaan Sekolah Rendah Agama) bagi daerah Sabak Bernam di Hay Resort.
Seramai 60 orang peserta telah menyertai program tersebut selam tiga hari bermula dari 15 - 17 Mei ( Jumaat - Ahad ). Program tersebut banyak diisi dengan aktiviti inteaktif dan ceramah ringkas dari Jurulatih utama, Ustaz Mohd Zawawi dan Ustazah Hazlina.
Kebanyakan peserta adalah dari kawasan Sungai Air Tawar dan Bagan Nakhoda Omar derta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Seramai lima orang fida' ( fasilitator daie) telah terlibat membantu menjayakan program tersebut. Pihak AZAS juga telah melantik dua orang pegawai pemantau yang bersama kami sepanjang program tersebut.
Semua peserta begitu teruja dan bersemangat sekali mengikuti semua aktiviti yang dijalankan dan mereka mahu diberi peluang mengikutinya untuk siri program yang lain.
sepanjang program ini berjalan, kami mendapati peserta lelaki lebih aktif dan bersungguh-sungguh menyertai setiap aktiviti berbanding peserta perempuan yang pasif dan agak malu-malu.
Seorang ibu menelefon pihak kami pada hari berikutnya menyatakan ; "Biasanya anak saya bila balik dari kursus, demam. Tapi kali ni dia beria-ia sangat suruh saya telefon ustazah untuk bertanyakan sekiranya dia boleh ikut lagi untuk program yang lain".
Alhamdulillah semua program berjalan lancar dan tidak ada masalah dan perkara yang tidak diingini berlaku.
Program Pintar Belajar Bersama AZAS
This entry was posted on Monday, May 18, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.