PUSBA Kendali Program SPIES Negeri Selangor

Shah Alam, 9 April 09 - Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perlantikan Program Pembangunan Modal Insan SPIES Negeri Selangor. Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor ini telah masuk tahun kedua dan telah dikemaskini dan penambahbaikan.

Program yang direka bentuk oleh panel pakar modul pembangunan insan telah di luluskan oleh Mesyuarat exco kerajaan Negeri Selangor.

Sebanyak 33 buah syarikat Perunding Latihan yang terdiri dari berbagai latar kepakaran dan disiplin ilmu telah dipilih untuk melaksanakan program tersebut diNegeri Selangor.

Matlamat utama Program SPIES ialah untuk melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik.

Kumpulan sasar utamanya ialah;
1. SPIES REMAJA
2. SPIES SISWA
3. SPIES BELIA
4. SPIES MASYARAKAT
5. SPIES PENDIDIK
6. SPIES SUKARELAWAN

PUSBA telah dilantik oleh pihak panel pemilih untuk mengendalikan program SPIES REMAJA iaitu generasi muda berusia 13 - 17 tahun.

Pemilihan peserta akan dibuat oleh KPMI ( Koordinator Program Modal Insan ) yang berada di DUN ( Dewan Undangan Negeri ) .

PUSBA akan mengendalikan program SPIES pada tahun 2009 ini untuk ;
1. DUN Meru
2.DUN Sementa
3. DUN Sungai Pinang
4. DUN Pelabuhan Klang
5. DUN Pandamaran
6. DUN Kota Alam Shah
7. DUN Andalas
8. DUN Seri Muda
9. DUN Sujangkang
10. DUN Teluk Datuk
11. DUN Morib
12. DUN Tanjung Sepat
13. DUN Dengkil
14. DUN Sungai Pelek

Pihak kami sedang menyusun jadual dan lokasi program. Diharap semua pihak dapat bersabar. Kami menjangkakan program dapat dilaksanakan pada awal bulan Mei ini.

This entry was posted on Sunday, April 12, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.