Kampung Batu Laut, 16 April 2009 - Ana dan Pengurus PUSBA telah menghadiri sesi penerangan dan dialog dengan Ketua-ketua kampung dan AJK JKKK di DUN Tanjung Sepat.
Oleh kerana menyangka tempat itu agak jauh jadi ana pun mengambil keputusan bertolak awal. Pukul 7.22 kami mula berangkat dengan kelajuan sekitar 80 km/j sahaja. Maklumlah kereta lama.
Oleh kerana keadaan jalanraya yang semakin baik dan mesra pengguna, kami sampai awal sekitar jam 8.18 pagi. Masih terlalu awal dan kami bersiar-siar dipantai batu Laut menghirup udara segar.Tetapi oleh kerana kawasan ini adalah kawasan penternakan b*** yang kontroversi itu, maka keadaan pantainya tidaklah seindah di tempat lain.
Tepat jam 9.00 semua jemputan telah sampai. Bagus betul orang kampung ni. Semua datang tepat pada masa yang dijanjikan.
Sepatutnya pagi ini taklimat dihadiri oleh 6 wakil syarikat perunding tetapi oleh kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan maka yang muncul hanya dari Maslow T&C dan TA & RA.
Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Hamdan dari Imtiyaz Resources, Syarikat yang ditugaskan memantau program Pembangunan Modal Insan untuk DUN Tanjung Sepat.
Sesi penerangan SPIES telah disampaikan oleh Pengurus dan Jurulatih Kanan PUSBA, Ustazah Hazlina Abd Razak. Walaupun masa yang diberikan agak singkat tetapi padat, tepat dan menyengat.
Secara umumnya perbincangan berjalan lancar dan penuh mahabbah dan penuh mesra. Kami tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada KPMI DUN Tg Sepat, Puan Mastura yang bertungkus lumus mengaturkan pertemuan antara Perunding dan Pemimpin Masyarakat di sini.
Kami juga tidak lupa dengan hidangan sarapan dan makan tengahari yang enak dan lazat tu tapi malangnya ana tak sempat nak makan ikan bakar tu sebab dah kekenyangan.
Terima kasih daun keladi :).
MOZAM
Majlis Dialog dan Taklimat SPIES di DUN Tg Sepat
This entry was posted on Thursday, April 16, 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.



